{81}
AT-TAKWIR (mengulung), 1~29.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Apabila
matahari itu digulung.
2. Dan
apabila bintang-bintang itu gugur.
3. Dan
apabila gunung-gunung itu dihapuskan.
4. Dan
apabila unta-unta yang bunting itu dibiarkan.
5. Dan
apabila bintang-bintang buas itu dikumpulkan
6. Dan
apabila laut itu membuak.
7. Dan
apabila ruh-ruh itu disatukan
8. Dan
apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup.
9. Dengan
dosa apakah dia dibunuh ?
10. Dan
apabila surat-surat amal dibentang.
11. Dan
apabila langit itu dicabut.
12. Dan
apabila neraka itu dinyalakan
13. Dan
apabila syurga itu dihamparkan
14.
(Tiap-tiap) jiwa akan ketahui apa (amal) yang ia sudah sediakan.
15. Maka
tidak bagitu ! aku menarik perhatian kepada bintang-bintang yang kelihatan
kembali.
16. Yang
beredar, yang berlindung kembali.
17. Dan (perhatikanlah)
malam apabila hampir habis.
18. Dan
(perhatikanlah) waktu subuh apabila mulai kelihatan.
19.
Sesungguhnya ia itu perkataan seorang utusan yang mulia.
20. Yang
mempunyai kekuatan disisi aras, yang tinggi darjat(nya)
21. Yang
ditaati disana, yang dipercayai.
22. Dan
kenalan kamu itu bukan gila.
23. Dan
sesungguhnya ia pernah melihat dia
dipihak atas yang nyata.
24. Dan
ia itu tidak tertuduh tentang (urusan) azab.
25. Dan
ia itu bukan perkataan syaitan yang terkutuk.
26.
Lantaran itu, kemanakah kamu hendak pergi ?
27. Ia
itu, tidak lain melainkan satu peringatan untuk makhluk.
28.
(Iaitu) bagi siapa-siapa dari antara kamu yang hendak berlaku urusan.
29.
Tetapi tidak akan kamu mahu melainkan jika dikehendaki oleh Allah, yang
mempunyai sekelian alam.