Tuesday, July 7, 2015

Ulasan Surah AR-RUUM



Surah 30: 
 
AR-RUUM (bangsa rumawi).

Surah Ar-Ruum yang terdiri dari 60 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah diturunkan sesudah surah Al-Isyiqaaq.

Dinamakan Ar-Ruum kerana pada permulaan surah ini, iaitu ayat 2, 3 dan 4 terdapat pemberitaan bangsa Rumawi yang pada mulanya dikalahkan oleh bangsa Persia, tetapi setelah beberapa tahun kemudian kerajaan Ruum dan dapat menuntut balas dan mengalahkan kerajaan Persia kembali.

Ini adalah salah satu dari mukjizat Al-Quran, iaitu memberitakan hal-hal yang akan terjadi dimasa yang akan datang.  Dan juga suatu isyarat bahawa kaum muslimin yang demikian lemah nya diwaktu itu akan menang dan dapat menghancurkan kaum musyrikin.  Isyarat ini terbukti pertama kali pada perang Badar.


Sumber 1;  

Sumber 2;   

[FB] https://www.facebook.com/groups/356955924345124/doc/554592684581446

[GS] https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=sites&srcid=ZGVmYXVsdGRvbWFpbnxrZXRlcGFuZ3xneDo2YTRmYjNhMDkwNDM5YjI5

.

Saturday, June 15, 2013

At-Takwir



{81}
AT-TAKWIR (mengulung), 1~29.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Apabila matahari itu digulung.
2. Dan apabila bintang-bintang itu gugur.
3. Dan apabila gunung-gunung itu dihapuskan.
4. Dan apabila unta-unta yang bunting itu dibiarkan.
5. Dan apabila bintang-bintang buas itu dikumpulkan
6. Dan apabila laut itu membuak.
7. Dan apabila ruh-ruh itu disatukan
8. Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup.
9. Dengan dosa apakah dia dibunuh ?
10. Dan apabila surat-surat amal dibentang.
11. Dan apabila langit itu dicabut.
12. Dan apabila neraka itu dinyalakan
13. Dan apabila syurga itu dihamparkan
14. (Tiap-tiap) jiwa akan ketahui apa (amal) yang ia sudah sediakan.
15. Maka tidak bagitu ! aku menarik perhatian kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali.
16. Yang beredar, yang berlindung kembali.
17. Dan (perhatikanlah) malam apabila hampir habis.
18. Dan (perhatikanlah) waktu subuh apabila mulai kelihatan.
19. Sesungguhnya ia itu perkataan seorang utusan yang mulia.
20. Yang mempunyai kekuatan disisi aras, yang tinggi darjat(nya)
21. Yang ditaati disana, yang dipercayai.
22. Dan kenalan kamu itu bukan gila.
23. Dan sesungguhnya  ia pernah melihat dia dipihak atas yang nyata.
24. Dan ia itu tidak tertuduh tentang (urusan) azab.
25. Dan ia itu bukan perkataan syaitan yang terkutuk.
26. Lantaran itu, kemanakah kamu hendak pergi ?
27. Ia itu, tidak lain melainkan satu peringatan untuk makhluk.
28. (Iaitu) bagi siapa-siapa dari antara kamu yang hendak berlaku urusan.
29. Tetapi tidak akan kamu mahu melainkan jika dikehendaki oleh Allah, yang mempunyai sekelian alam.  


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].